nuffnang ads

20 November 2012

Jalan-jalan Cari Pasal

Cuti Maal Hijrah baru-baru ni hadiri kenduri kahwin sepupu... bila tengok pelamin cantik-cantik mula lah datang penyakit rasa nak bersanding sekali lagi je... en.suami siap pesan jangan buat perangai... sebab dia tahu pn.isteri dia ni pantang tengok pelamin mula lah lupa diri... nak berposing macam pelamin sendiri... hahaha... hari tu sampai en.suami taknak naik kat pelamin sebab takut sangat pn.isteri dia ni buat perangai... lalala... so tak dapat lah nak berposing atas pelamin dengan en.suami... snap pic pengantin je lah jawabya... hehehe...

:. Kami yang dah sama-sama tembam dengan jayanya .:
         
:. SELAMAT PENGANTIN BARU KAK TIE & ABG KHAIRIL .:


:. balik dari kenduri... en.suami sibuk isi minyak, dia pun sibuk nak posing .:
Zappppppppppppp... lepas je balik dari kenduri terus ke Tasik Kenyir... sebab nak kejar bot pukul 1 petang... sebenarnya en.suami tengah jaga projek kat sana... tu yang selok sangat nak pergi... konon-konon nak tengok tempat kerja en.suami yang jauh selalu tak ada line... ( dalam kata erti yang sebenar ialah spot check ) .... di tambah pulak buat cerita sedih.... sepanjang hayat 30 tahun hidup ni tak pernah lagi jejak kaki ke Tasik Kenyir kot... serius tahap gaban... tak pernah pergi sana... en.suami ni penuh kecian layan juga lah kerenah pn.isterinya ni...

:. Selamat Datang Ke Tasik Kenyir .:

Sampai-sampai sana lebih kurang pukul 1.30 petang n solat zohor dulu... lepas solat baru en.suami bagitahu bot tak ada, pekerja dia bawak pergi kat tapak projek... huhuhu... dengar je macam tu mula lah tarik muncung itik 2 depa... en.suami suruh sabar... tunggu sampai pukul 3 petang... kalau tak ada juga  tak dapat lah nak masuk sana n bermalam... sewa bot nak jalan-jalan kat dalam dan nak pergi ke destinasi yang nak bermalam adalah RM 300.00...sebuah bot boleh muat 8 orang je... sob... sob... sob... en.suami ajak cari chalet kat jeti Pengkalan Gawi tu... cari punya cari ada lah Kenyir Sanctuary Resort... sewa semalam RM 280.00... tempat memang cantik... ambik kau... setakat nak tidur 1 malam rasa macam tak berbaloi... Kenyir Lake Resort plak RM 4++... cakap kat en.suami tak payah lah... balik marang la semula... sebab campur dah tak ada mood... kikikiki... frust gak lah masa tu... sob... sob... sob... ambik kau lagi... jadi hari tu habis dalam cuti dalam kereta je lah...

:. Kenyir Sanctuary Resort .:
Pagi jumaat yang indah... tiba-tiba en.suami ajak pergi Tasik Kenyir lagi... fikir punya fikir akhirnya ikut juga... siap pesan kalau pukul 3 petang tak naik bot lagi tak nak pergi... huhuhuhu... konon-konon tak nak pisang berbuah 2 3 kali... cukup lah berbuah sekali je... hehehe

Sampai di jeti Pengkalan Gawi, sewa bot... naik berdua je... ambik kau lagi... ekslusif benor gayanya... orang lain naik penuh bot kapel ni boleh naik berdua je... hehehe... 

:. Jeti Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir .:
 


:. Montel .:


:. jangan ingat kat tepi jalan raya je ade signboard camni... kat Tasik Kenyir ni pun ade tau untuk KM ni .:

Tempat yang kami nak tuju ni ialah Pulau Petang... kat cni juga kita boleh sewa bot versi rumah jugak... dalam tu lengkap dengan tempat tidur, dapur, tempat lepak-lepak... sewanya RM 1+++... tapi berbaloi... kita boleh ngail ikan terus boleh masak dalam bot tu...


:. bot versi rumah .:
Sepanjang perjalanan ke Pulau Petang tu macam-macam boleh kita tengok... pulau kecil ada, pulau besar pun ada... dan sekarang Tasik Kenyir dalam proses untuk membuat Kompleks Zon Bebas Cukai... di jangka siap tahun 2014 nanti...

:. Kompleks Bebas Cukai yang dalam pembinaan .:


:. bising duk tanya en.suami, camne benda alah panjang gedabok tu boleh masuk dalam pulau tu .:


:. pemandangan yang cantik .:

Untuk sampai ke Pulau Petang dari Pengakalan Gawi ambil masa dalam setengah jam jugak la... tengok pulau yang banyak tu terfikir... ada ke yang nak datang sini bercuti... sebab dalam pulau yang di kelilingi oleh hutan bakau kot... apa yang boleh di lawat...


Sampai ke Pulau Petang memamg dah petang dalam pukul 3.30 petang... pusing-pusing tengok kawasan... en.suami sibuk lawat tapak, saya pun buat sibuk sekali lah... hahaha... gaya mem besar... hahaha
:. Petang Island Resort .:
:. Pemandangan dari Petang Island Resort .:


:. Lain kali nak datang lagi... biar lah en.suami tak nak ajak pun... kikiki .:

4.30 petang bergerak balik ke darat semula... tak puas lagi nak jalan-jalan... tempat ternakan ikan yang banyak-banyak tu pun tak pergi lagi... mulut ni bising gak lah... tapi en.suami cakap nanti pergi... projek dia jaga tu pun 6 bulan lagi kot nak siap... banyak masa lagi... jangan kelang kelibut sangat... kikikiki

Di sini di sediakan pakej pon ada... bersama-sama bot dan aktiviti-aktiviti yang akan di lakukan sepanjang percutian... Antaranya ialah : -
( 1 )

( 2 )

( 3 )
( 4 )
( 5 )
pilih je nak pakej yang macam mana... tepuk dada tanya selera... yang penting kita enjoy....

No comments: